Monday, November 23, 2009

Kepada Pengunjung Yang Beragama Islam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Yang Ku Ingat (1963-1970)

Dari apa yang dikhabarkan oleh arwah Uci & Tok aku dilahirkan beberapa hari lagi menjelang Hari Raya Aidil Adha (jika diikutkan takwim Hijrah ialah hari Khamis 8 Zulhijjah 1382 bersamaan 2 Mei 1963) . Pada tahun kelahiran akulah Kpg Jeram Mengkuang, Bidor, Perak telah mendapat bekalan elektrik yang pada masa itu dibekalkan oleh syarikat KED (Kinta Electric Distributor) yang mungkin pada asal untuk bekalan kepada syarikat perlombongan BMT yang beroperasi di sekitar kampong aku. Tak banyak yang aku ingat tentang saat-saat aku melalui umur 4-5 tahun dulu. Cuma yang masih ingat ibubapa ku tinggal di kongsi pekerja ladang teh (kata ayahku Sum Yip Leong) di Cameron Highland, namun aku tinggal di kampung bersama arwah Uci (pada mulanya akau tidak faham kenapa, tetapi selepas aku dewasa akau dapat memahami bahawa adikku kembar dan mungkin ibuku agak sukar untuk menjaga aku yang jarak umur setahun saja, lalu akau ditinggalkan dengan Uci di kampung). Namun itulah ketentuan Allah kan! Adalah hikmahnya.
Kata Uci dulu mungkin setiap bulan kami berdua (aku & Uci) akan menaiki bas ke Cameron Highland untuk menjenguk keluargaku di sana. Apa yang menjadi kenangannya kami akan naik bas dari kampung ke Bidor (Hup Soon Omnibus) , lepas tu dari Bidor ke Tapah (Hup Yik Bus) dan dari Tapat ke Cameron Highlans (rasanya Bas REGAL) . Bas ke Cameron Highlan tu pendek dan yang seronoknya ialah ketika dalam perjalanan naik atau turun rasanya ramai penumpang kan muntah, mujurlah aku tidak. Semasa dalam perjalanan kerapkali Orang-orang Asli akan menaiki menahan bas menaiki bas untuk ke suatu lokasi yang dekat sahaja tanpa perlu membayar tambang. Mereka hanya bercawat sahaja baik lelaki ataupun perempuan. Arwah Uci selalu menegur aku apabila aku menuding jar ke arah 'nenen' mereka yang terdedah tu.
Di sekeliling kongsi tempat tinggal keluargaku itu penghuninya ramai yang menanam pokok kobis yang akan hidup dengan suburnya. Disamping itu juga yang menjadi kenangan ialah bau daun teh yang dikeringkan kerana kilang teh letaknya berhampiran dengan kongsi tersebut. Seperkara lagi yang menarik ialah apabila arwah Uci membawa aku mandi ke anak sungai yang terletak tidak jauh di belakang kongsi itu, airnya jerneh dan sejuk sekali maka itulah sebabnya kami akan pergi mandi pukul 10 atau 11 pagi je.
Sekitar tahun 1967 atau 1968 keluarga ku telah berpindah ke kampung, sebabnya aku kurang pasti sehingga hari ini. Ayah (aku panggil ABAH) telah membina seuag rumah kecil di hujung kampung berhampiran simpang untuk masuk ke Kpg Coldstream atau yang kami panggil KEM. Kg Coldstream tu ialah perkampunganbaru Cina yang diwujudkan oleh Gerald Templer untuk mengatasi masalah PKM dahulu. Arwah Tok selalu menceritakan bahawa pondok polis di kpg itu yang dulunya juga diduduki oleh SC telah beberapa kali diserang anggota komunis dan ramaii yang terkorban.
Nostalgia semasa kecil yang aku masih ungat dan indah sekali sebelum tahun 1970 ialah Arwah Uci & Tok ada menanam padi huma yang di tanam di kawasan berair. Paling seronok bila padi mula masak. Ikan cukup banyak sekali di bawah pokok2 padi itu. Huh tak boleh nak ceita laa.

Friday, June 19, 2009

terkonang maso dolu-dolu.....

teringek uci yang dah lamo poi....10 taon dah.